Asslamualaikum....
Tergerak hati nak menulis atau mecoret perihal susu ibu atau susu formula. Rasanya dah lama sangat aku tidak menyentuh hal susu ibu, malah group berkaitan susu ibu pon aku dah lama keluar. Biarlah. Bila aku berada dalam kumpulan memang bagus tuk tambah ilmu tapi sangat annoying kalai ada manusia yang terlalu agung2kan susu ibu sampai menjatuhkan martabat susu formula hemm.. So cara mudah tidak mahu terlibat dalam hal tu, aku keluar. Hati pon tak sakit.
Satu ketika, sejak Aishah baru lahir sehinggalah Aishah genap berumur 6 bulan, aku boleh kelaskan sebab ibu menyusu secara exclusive :) Alhamdulillah sekurangnya dapat juga aku merasa title itu. Selepas 6 bulan, aku akur kehendak Allah, aku terpaksa jugak bagi susu formula. Bukan tidak mahu cari ibu susuan, malah ada yang tawarkan diri mahu jadi ibu susuan, tp byk faktor yang aku terpaksa tolak. Mungkin nampak mudah tapi aku ada alasan yang tersendiri.
Tapi ada satu perkara yang menyentuh hati aku. Ibu-ibu yang terlalu lantang berkata-kata. Mudah sungguh mulut itu mengatakan ibu yang tidak menyusukan anak dia dengan susu ibu anak itu akan ditimpa penyakit. Tak sayang anak. Sebagai ibu yang dah campur susu ni sungguh aku terasa. Aku doakan Allah bg ujian yang setimpal dengan kelantangan mulut tu. Cakap tak fikir keadaan sekeliling!
Malas aku nak membebel perihal orang sebegitu. Lama-lama dia tahu sendiri. Sebab andai aku berdebat sekali pon, salah kita juga yang nampak. :) So biarlah. Dia tak kena lagikan...
Bagi aku, tak salah pon campur. Selepas kita cuba sedaya upaya, dan Allah dah bagi setakat itu, syukur lah. Pasti ada sebab. Kena fikir banyak faktor.
Aku akui, first time tengok Aishah minum susu formula, hati ibu ini menangis. Menitis air mata tanpa sedar. Tapi aku akur, aku redha. Aku yakin susu yang aku pilih tu itulah yang terbaik. Mulanya agak sukar Aishah nak terima. Siap nangis-nangis. Runtun hati ini, tapi aku sengaja keraskan hati. Sebab sampai bila?? Aku ke Sabah atas urusan kerja. Terpaksa berjauhan dalam jangka masa yang agak lama. Jadi aku terpaksa ajar semua tu.
Alhamdulillah. Sejak peninggalan aku, Aisahh membesar dengan sihat dan comelnye! Makan pon makin banyak. Perangai pon makin manja. Hemm anak umi ni laa, cucu tokMie katakan...
Apa pon, aku mohon. Tolonglah jangan terlalu mengutuk kami-kami yang bagi susu formula. Ingat andai Allah atrik rezeki kamu, tahu lah kamu apa yang kami rasa. :)
Pen-off. Sekian bebelan :D
Wassalam.
P/S: Tergerak nak tulis entry ni sebab terbaca satu entry kawan aku :D