Assalamualaikum sahabat handai di sini. Masih ingatkah siapa diri ini? Takpe lah tak igt, its ok. :)
Pertamanya aku nak mintak maaf sebab lama sangat dah tak menulis apa-apa kat sini. Terasa masa semakin laju berjalan dan idea plak semakin menipis. Aku sendiri tak tahu kenapa.
Tapi untuk hari ini, saat aku menaip ni, aku datang membawa berita gembira. Mungkin ramai yang sudah tahu. Namun pasti masih ramai yg tidak mengenali diri ini dan memang tidak tahu.
Alhamdulillah tanggal 24 Nov 2011, tepat jam 1028 malam sy selamat melahirkan seorang puteri. Pengalaman melahirkan baby sulung yg tak mungkin aku lupa sampai bila2.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan aku bersalin. Sakit aku yang dikira sakit memain. Dari sakit mcm senggut, pastu kuat sikit dari senggut sampai la sakit yang leh nampak langit ke7. Sampaikan aku rasa masa tu dah takde jalan lain selain dari nak keluarkan baby cepat2.
Nak citer tak ek pengalama? Hehe aku dah story hal tu kat FB, tp just dlm group yang join je laaa, kire tak berapa nak public jugak laa pengalaman aku heee. Entah, bg aku pengalaman bersalin tu tak sama setiap org. Sakit pon tak sama. Cuma apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau tak sakit takkan bersalin. Maka bersalin itu memang sakit :D
Ehh pasti ramai nak tahu serba sedikit perihal si kecik tu kan. Ok aku kongsi deh.
Pic ni masih kat wad, baru dpt bergambo ngan baby hehe~ Baru umur sehari~
Ni dah 9 hari hehe dah botak pon si kecik Aishah ni ngeee~ Syg anak umiii~
Nama: Aishah Humaira' bt Mohd Azrul Fajri
DOB: 24 Nov 2011
Masa: 10.28pm
Berat: 3.25kg
Tinggi: 51.5cm
Haa tu je la kot ngeee~ Entry sebelum nih aku ada nyatakan yang aku akan bersalin kat swasta. Alhamdulilah seperti yang dirancang, aku memang takde masalah apa2 dan memang boleh bersalin kat situ. :) Layanan yang bagus dan sangat selesa. Bayaran aritu aku kena Rm1524. Ok dah kan. Masuk 24hb, kuar wad 25hb.
Oklah, pen-off here. Kalau rajin sy update lagi ye. Sejak ada baby dah makin malas nak taipp :p
Oklah, pen-off here. Kalau rajin sy update lagi ye. Sejak ada baby dah makin malas nak taipp :p

