Nuffnang Ads

Menarik Di Sini

17 August 2011

[Resepi] Ikan Masak Golek

Asslamualaikum...

Wahh kali ni aku nak berkongsi menu yang aku request ngan umi aku tuk berbuka pada hari yang ke-16! Ahaks panjang lak explainnya :P

Sebelum aku bagitahu resepinya, lauk nih aku panggil masak golek. Kalau korang tengok gambar, mungkin ada setengah orang panggil lain. Aku hanya ikut apa yang umi aku sebut je la kan hehe. Jom tengok resepi. Mudah je pon, setengah jam leh siap tau.

Bahan-bahan:

a) Bawang merah
b) Bawang putih
c) Halia (bahan a, b, c diblander)
Halba
Santan
Lada lumat
Serai (diketuk)
Asam keping
Bahan perasa secukup rasa (garam, ajinomoto - jika mahu)
Ikan (dipanggang)

Cara:

1. Panggang ikan (lagi sedap ikan disapu lada+garam). Siap panggang letak tepi dulu.
2. Panaskan kuali, kemudian masukkan santan terlebih dahulu.
3. Masukkan bahan yang diblander, lada lumat dan biarkan seketika.
4. Masukkan serai dan asam keping.
5. Masukkan ikan yang dipanggang.
6. Perlahankan api dan biarkan sehingga mendidih serta menjadi sedikit pekat.
7. Masukkan garam secukup rasa bersama halba.
8. Hidang dengan gembira :D

Gambar yang diambil ketika masih di atas dapur:


Yeay!! Mudah je kan?? ^__^

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Sila-sila jangan memalu nak komen :)