Assalamualaikum semua!
First sekali Salam Kemerdekaan yang ke 53. Alhamdulillahh walaupun terdapat pelbagai konflik yang melanda di Malaysia ini, namun kemerdekaan masih lagi dapat dikekalkan. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia!!
Oh sangat teringin nak makan nasi kapit kuoh kacang!!!
Ok kembali kepada tajuk utama aku. Terdetik di hati aku nak buat tajuk sedemikian kerana aku baru sahaja selesai membaca harian Metro online mengenai sebuah restoran yang mengadakan juadah berbuka yang dicampur dengan wain! Terkejut aku! Tapi adakah aku agak ketinggalan untuk mengetahui maklumat ini?? Hemm tak pe lahh sekurangnya aku tahu jugak perkembangan terkini heheh.
Unutk maklumat lanjut boleh baca di sini.
Hemm kadang aku terfikir, kenapa mesti nak berbuka di restoran?? Bosan kah berbuka di rumah?? Atau sengaja nak cari mood baru kononnya?? Personally, better berbuka di rumah lagi selamat berbanding berbuka di luar.
Ok aku akan nyatakan beberapa sebab. Pertamanya, berbuka di rumah nih peluang untuk kita berada di rumah sepenuhnya. Ye lah, hanya bulan puasa kita dibenarkan pulang awal berbanding bulan2 yang lain. Tidakkah itu satu kegembiraan lagi2 bagi yang bekerja. Bukan satu hari dua, malah sebulan?? So gunalah peluang ini sebaiknya.
Keduanya, ni lah peluang bagi kaum wanita memantapkan lagi skill masakan masing-masing. Sebelum nih harap hujung minggu je masak. Hari-hari lain lauk tunjuk2. Aku nyatakan kat sini bagi wanita yang bekerja lah. Yang full time di rumah mayber terkecuali. Ahaks. Setuju??
Ketiganya. Dijamin Halalan Thoyyiban!. Sebab kita yakin kita sendiri yang masak. Dan sememangnya kita akan menjaga kebersihan dari segala aspek. Tidak perlu lagi ragu2. Kalau makan di luar, belum tentu dapur dieorg bersih. Malah macam kes aku baca di Harian Metro. Tengok?? Bukan kah itu mengganggu kehidupan kita di masa hadapan??
Keempat. Hemm malas dah nak pk. Korang la plak fikirkan apa kelebihan seterusnye. Hehe. Sebab masing-masing mempunya pendapat yang tersendiri kan. Aku hanya bagi pandangan aku je.
Setuju atau tidak semuanya terletak di tangan anda. Segala komentar anda dialu-alukan ^__^












