Di kala aku menulis dan mencoretkan ceritera di sini, aku baru sahaja mendapat berita di mana salah seorang sahabat aku diuji dengan ujian yang berat. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Tanggujawab aku dan rakan-rakan lain hanya mampu memberikan kata-kata semngat untuk beliau meneruskan perjalan di dunia ini.
Sahabat ku ini dikatakan merancang ingin mengikat tali pertunangan pada 7 Ogos 2010. Hari bahagia dirancang dengan penuh gembira. Malah hari untuk membeli apa yang berkaitan juga telah di rancang dengan baik.
Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Pada hari untuk mereka keluar untuk mencari cincin sebagai ikatan, bakal tunang beliau terlibat dengan kemalangan yang meagut nyawa arwah. Apa lagi yang mampu dikatakan. Allah itu telah merencanakan perjalanan hambanya. Ujian yang besar ini terpaksa dilalui oleh sahabat aku yang sekian lama mencari teman di hati.
Tapi, sebagai hamba, akurlah wahai sahabat. Allah itu Maha Perancang. Sesungguhnya Allah menyayangi arwah dan kamu. Tabahlah menghadapi dugaan ini. Aku yakin, Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih buat untuk kamu.
Doa dan kata-kata semangat dari rakan-rakan tidak pernah putus. Semoga dirimu tabah.
p/s: Aku tak dapat nak bayangkan sekiranya aku berada di tempat beliau.
p/s: Jangan terlalu gembira dengan apa yang kita ada. Jangan juga terlalu mengwarwarkan kegembiraan itu milik kita. Mungkin ada yang sedang berduka dan cemburu dengan apa yang kita ada. Bersederhanalah dalam apa jua keadaan. Hormati pandangan orang disekeliling kita.
6 Anak Murid:
Innalillah. semoga beliau tabah. kmu sbg sahabat tlg tenangkn die ek.
semua berlaku atas takdir Allah. :(
Innalillah.... kita diuji berkadar apa yang sesuai mengukut kadar Allah pada kita.
Waktu ini, semangat dan sokongan rakan2 sikit sebanyak dpt membantu.
moga sahabat cikgu tabah dan memandang semua ujian ini secara positif
ps...ps tu kena sama2 kita amalkan - ada bahagian yg perlu kita simpan, jangan buka kesemua pintu utk semua orang kerana tiap tetamu ada berbagai niat yang tidak kita ketahui...berwaspada itu bukan berprasangka.
Innalillah.. sesungguhnya ada hikmah yang kite tak nampak dengan mata kasar.
salam.
takziah buat sahabat kamu.
benar, perancangan Allah kita tak tahu, dan pastinya ada hikmah di sebalik yang terjadi.
*tak terbayang juga jika saya di tempat dia tetapi, segala yang terjadi, dugaan dan ujian yang diberi, haruslah kita terima dengan setenang dan dgn redha, pasti ada hadiah yang akan diberikan olehNya nanti.
btol2..bersederhanalah kite ye..
ade ramai lg yg berduke..hehe
innalillahh.. insya-Allah, ada org yg lebih bek menanti.. ada hikmah di atas semuanya..
Post a Comment