Followers

Pengumuman

Assalamualaikum. Selamat datang kepada pembaca setia Kisah Cikgu Farha sekalian. Dengan penuh rasa gumbira, saya kini telah SAH menjadi ahli Shaklee (ID:912423) yang akan bergiat aktif area Kota Kinabalu, Sabah serta kawasan yang berhampiran. Sekira pembaca berminat untuk membeli produk keluaran Shaklee boleh hubungi saya sepertimana di bawah:-

Sms/Whatsup: 019-7669119
Fb: Farhatul Hakimah Zakaria - add me first
Twitter: @FarhatulHakimah - add me first
Email: farha.kimah@gmail.com

**Insya-Allah saya akan update berkaitan kombinasi set vitamin yang sesuai untuk diambil.
** Jangan lupa selalu jenguk page sy ye ;)

21 April 2013

Naluri Ibu

Assalmualaikum...

Biasa bangun pagi Aishah mesti sengeh2. Tapi tidak pagi tadi. Bangun2 je menangis. Aku sangkakan dia ngigau tp rupanya tidak. Terus buatkan susu. Maish lagi menangis. Masa dukung tu rasa panas2 je badan dia. Tak terfikir apa pon, maybe berpeloh tido.

After isap susu Aishah sambung tido lagi. Aku terlepas semula. Bukak mata Aishah senyum2. Bercakap bahasa dia lah. Aku terus la suruh abg mandikan Aishah.

Tapi lepas tu Aishah terusan merengek2. Hati mula tak sedap. Pegang2 bdn Aishah panas. Suruh abg plak yg rasa. Abg pon cakap perkara yg sama. Tunggu Zohor bawak p klinik. Sepanjang dalam kereta Aishah diam je. Tak bergerak, tak membuas seperti biasa. Sah Aishah tak sedap badan!

Sampai je klinik. Tunggu turn. Doktor tanya kenapa. Aku jawab la. Aishah macam ak demam. Badan dia panas. Nampak tak aktif. Doktor tu senyum je. Doktor rasa badan Aishah. Terus doktor cakap "Biasanya kalau mak yang cakap gitu apa yg tidak kena ngan anak dia, betulla tu. Sebab mak ni tahu dan dapat rasa setiap kali anak dia tak sihat"

TErsengih aku. Suami aku pun senyum je. Doc kata memang badan Aishah panas sangat dah. Jadi kena masuk ubat ikut bawah. Aku ok je. Mujur lah si kecik ni tak nangis. Pastu doktor bagi ubat demam ngan antibiotik je.

Lepas tu aku singgah Giant jap. Beli keperluan Aishah la. Lepas setengah jam nampak segar dah Aishah. Bising mulut. Tapi taknak jalan sendiri, masih nak berdukung.

Sampai je rumah wahh kemainnn....Kemas umah la. Maybe penangan masuk uabt tu kot hehe. Nanti Maghrib kena makan ubat lagi ye.

Oklah. Moga anak umi terus sihat lepas ni. Demam sikit-sikit tu biasa lah kan :)

Pen off. Wassalam.

Kelebihan Alahan Semasa Mengandung

Assalamualaikum.

Saja nak share perihal mengandung iaitu alahan. Pengalaman aku dua kali mengandung dua kali lah aku alamai alahan. Nak kata teruk bagi aku dah tak sanggup nak lalui. Tapi kalo nak dibandingkan dengan kawan2 aku yg lagi teruk, kakak aku sendiri aku ni kira normal dan sgt beruntung dah :)

Tadi adik aku tag kat FB pasal kelebihan orang yang mengalami alahan. Meh aku copy and paste kat sini ye.
Kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan: 
1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya. 2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir. 3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual. 
4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang. 5. Lebih tingginya berat lahir. 6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan. 7.Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.
(Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.)
Dah baca? Heee bila aku lalui saat alahan, mesti aku baca benda2 gini. Nak bg kekuatan nak hadapi semua ni. Even tak kuat tapi sungguh aku tak sanggup.

Tuk preggy kali kedua ni aku sampai tahap tengok dapur pon leh muntah! Tengok makanan jgn cakap la. Perut lapar yang amat tapi serius takleh telan makanan. Sebab tu kalao ada kawan2 yg alahan aku faham. Dan aku takkan paksa dia makan sbb aku faham betapa loya dan sgt seksa menahan segala rasa.

Hee itu sahaja apa yg aku nak kongsi. Ramai dah rakan blogger yg share benda ni tp sj nak memeriahkan lagi :D

Bagi kawan2 atau sedara aku yg sedang alami alahan bertahan la. Bersabar sehingga melepasi tahap kritikal~

Ok. Stop dulu.

Wassalam.

20 April 2013

Tak Balik

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu! Dah sarapan ke? Masak pe? Hee aku wat bihun goreng je. Sebab tu je yg ada. Nanti tgh hari baru wat paprik :)

Bangang mengundi emakin terasa. Lebih kurang dua minggu lagi kan. Aku sangat2 lah excited bila parents bagitahu kat sana bendera dah raya sana sini hehe. Seronok kalau berada di kawasan yang boleh dikatakan hot area nih ahaks.

Tapi apakan daya. Leh dgr je lah. Aku dah wat keputusan aku tak balik. Aku book tiket tuk abg je. Bukan taknak berkorban tp banyak faktor yang aku pikir.

First sebab abg nak balik 7hb. Aku sangat takut nak mohon crk sampai 2 hari. Keduanya plak kondisi aku sekarang. Balik 7hb sgt rushing aku rasa. Penat ibu mengandung ni tak sama penat ngan orang tak mengandung. Jadi aku taknak amik risko. Ketiga kebetulan 7hb tu ada exam pertengahan tahun. Bukan aku tp budak2 la. Rasa tak sedap gak nak tinggal gitu.

Hemm tu lah antara alasan aku. Apa2 pon aku tetap sokong siapa yg sokong pemimpin Islam :)

Oklah. Pen off.

Wassalam.

P/s: Selamat mengundi semua! Pilih la pemimpin yang mempunya latar belakang ilmu agama :)

19 April 2013

Tablet

Assalamualaikum...

Wahh sangat jarang dah mencoret-coret dan menconteng2 di sini. Sangat ketiadaan masa dan sangat kekeringan idea. :)

Sejak akhir2 ni aku sedang servey harga tablet. Tanya sana sini. Search online punye jualan sana sini. Macam berminat yang untuk internet semata. Sebab sekadar nak online dan nampak besar sikit.

Pastu aku minat yg 7.0 je. Malas laa yg besor2. Lagipon fulus cukup2 makan haha.

Bab nak online aku akan amik yg prepaid je heee :D

Oklah tu je nak bebel~

08 April 2013

Mari Mengundi

Assalamualaikum.....

Haha manyak free oo walhal kilija bulum siap maaaa~

Aku baru pas check tempat aku kena mengundi. Maka tada!!!!!!!!!!!!!!

Ada kesilapan ejaan, bukan Bing tapi Beng ok! Haioppp!

Ahaks. Entah bila tarikh kompom mengundi kan?? Hemmm excited ni nak mengundi haha

Ok adios!

Design Oh Design

Assalamualaikum...

Aku kini bersiaran langsung dari kelas 6 Delima. Jaga budak exam sedikit rilex bagi guru2 setiap sekolah. Ye dop? Tapi aku bawak laptop kali ni sebab aku nak siapkan keje. Dari duk melanguk kan, better la. Sebab kejap lagi aku nak jumpa GB nak tunjuk hasil keje aku.

Dah siap 90%. Aku puas hati je keje aku sendiri. Tapi masih lagi perlu byk diperbaiki lagi2 bab cover hoho.

Cover Buku Anugerah
Burukkan?? Kuikui ni je yg mampu kot :p

Tiba2 aku teringat teamwork aku masa sama2 siapkan banner, poster, buku porgram! Teamwork yg tiptop! Sebab masing bagi kerja sama yg sangat luar biasa.

Korang bayangkan aku di Terengganu. Team aku di Johor. Kami hanya berhubung melalui internet 100%. Sebab dalam masa yang sama aku perlu buat persiapan nak kawen hehe.

Even banyak masalah yang perlu aku lalui tp hasil yang kami buat sangat best! Hee aku puji kawan2 aku!

Sebab tu, setiap kali aku dpt tugasan desgn mendesign ni aku akan rindu zaman dan saat tu. Hemm....

Sekarang aku berada di alam realiti. Alam kerjaya! Dulu aku hanya angan2. Kini itulah yang aku tempuhi.

Insya Allah, Allah tahu kemampuan aku di sini. Dan aku akan cuba buat yang semampu mungkin.

Oklah. Nak sambung siapkan kerja.

Wassalam.